
blog yang merepek tapi bukan kerepek jadi jangan merengek kalau blog tak berape cantek :) Eh nak kawen dah ?? photobooth + candy booth here !! 017-2874076 - HUSNA
salji pink



alhamdulillah syukur :)
** tiba tiba ada gambar owner blog tengah selfie menade nade ni. haiyak =.=
to future husband : hopefully awak sabar menempuh alam pertunangan ni. nasihat macam copy paste dari abg abg awak je kan? hikhik ;p love you banyak banyak lah dear. tau kan ?
assalamualaikum :)


22 December 2013- aku dirisik. satu permulaan yang baru untuk hidup aku. now tengah counting days untuk jadi tunangan orang. happy and bersyukur sangat. benda ni adalah perubahan besar untuk diri aku and banyak benda nak kena belajar lepas ni. dah nak kawen kan. kalau ikut trend sekarang orang akan panggil B2b ( BRIDE TO BE) haha ;p
actually aku rasa sedih risau jugak ni. risau bila fikir boleh ke aku pikul tanggungjawab ni. tanggungjawab seorang isteri ni memang berat tapi masya allah pahala nya sangat sangat besar. and kalau kita ikhlas nak jadi seorang isteri/ibu untuk keluarga tersebut insyaallah tanggungjawab tu tak rasa berat. rasa happy je nanti. hihi aku masih belajar. belajar ape ? belajar makan masak, kemas rumah, belajar cara nak jaga cik abang. hehe alhamdulillah dia memahami yang aku ni masih belajar nak jadi isteri yang baik. lagipun manusia tak sempurna. sebab tu diberi pasangan untuk saling melengkap kan. alalala :)
*terasa macam gatai pulak post benda macam ni haih ;p
kalau ada orang baca entry ni and rasa tak boleh bla dengan entry ni please and please click pangkah merah kat atas tu eh. sebab diri sendiri pun terasa geli gedik dengan post kali ni. huhuhu :p sebab benda ni tak ramai yang feeling feeling. orang yang dah nak kawen je rasa ;)
haritu aku pergi kursus kawin ustaz tu cakap masa bercinta ni manis. sweet macam gula gula. tapi bila dah kawin segala rasa ada. sebab ape ? masa bercinta tu tak fikir tanggungjawab. bila dah kawin ni besar tanggungjawab dia. tak kira husband and wife. dua-dua ada tanggungjawab sendiri. pengalaman ni yang buatkan orang jadi bertambah matured. believe me.
tanggungjawab/jujur/setia/toleransi/cinta/sayang/simpati/kasih
benda-benda ni lah yang aku akan pegang untuk sharing life which means hidup berumah tangga ni. semoga aku menjadi isteri yang solehah di sisi suami tersayang. semoga aku kuat untuk merubah diri yang dulu kepada lebih baik. dan last sekali semoga perkahwinan ini nanti penuh dengan barakkah.
insyaallah....
kepada bakal imam, semoga anda menjadi seorang suami yang penuh dengan tanggungjawab dan rasa cinta kepada saya. semoga anda dapat membimbing saya ke arah kebaikan. semoga rumah tangga kita penuh dengan rasa cinta dan kasih. dan akhir sekali semoga anda kuat dan tabah apabila ditimpa dugaan. sesungguh nya bakal isteri anda ini sanggup menghadapi susah dan senang dengan anda. insyaallah :)
بارك الله لكما وبارك عليكما وجمع بينكما في خير
"Tuhan memberkati bagi anda dan memberkati kalian berdua dan menghimpun dalam kebaikan"
Sabda Rasullullah saw lagi :
“Apabila seorang hamba telah berkahwin ia telah menyempurnakan setengah dari agamanya maka hendaklah ia bertakwa untuk yang setengah lagi”.
**semoga kita semua diberkati Allah swt dunia dan akhirat :)

pemergianmu amat dirasai.. al-fatihah

tanggal 21.december.2011 , jam 9 malam adalah tarikh yang cukup sedih bagi ahli keluarga saya .
arwah atuk telah kembali ke rahmatullah . memang terasa sangat kehilangan .
alhamdulillah semua ahli keluarga terdekat termasuk saya sendiri ada disisi arwah atuk semasa beliau menghembus nafas terakhir ..
kepada kawan2 yang banyak support ms.messy dan juga ucap kan takziah thanks a lot guys .
mari lah sama-sama kita bedoa agar atuk nad ditempat kan di kalangan orang2 yang beriman dan beramal soleh .
al-fatihah...

- sky full of lighters
- someone like you
- wish you were here
- danza koduro
- love you like a love song
p/s : layan k . takmau tension2 . PEACE :)
ms.messy terkena syndrome ape ???


cara baru nak pujuk isteri yang nak tinggal kan rumah !!!

nasi ambang terbaik ♥

- NASI AMBANG ADALAH MAKANAN TRADISIONAL MASYARAKAT JAWA TAWU ( saya mix jawa sebab tu saya taw . ekekekeke )
- CARA MAKAN IALAH MAKAN BERAMAI-RAMAI DALAM DULANG (sape yang pernah pergi kenduri org2 jawa mesti ada makan nasi ambang ni kan :p )
- DIHIDANG DI DALAM DAUN PISANG TAW DIATAS DULANG . NORMALLY SEDULANG UNTUK 4 ORANG :)
- CARA MAKAN MENGGUNAKAN TANGAN TAW (kate melayu kan xkan nak makan ikan masin pakai sudu garfu pulak :p )
~aku bagi sedikit gambaran dekat korang mcmmane rupa nasi ambang ni okay kawan2~
:-
ini adalah lauk2 asas di dalam nasi ambang
kebiasaan nya nasi ambang dihidang di kenduri2 seperti tahlil , cukur jambul dan kahwin oleh masyarakat jawa ( dulu kecik2 selalu makan mcmni dekat kenduri :p )
ni lah cara makan nasi ambang yang betul taw ! sharing is loving kan kan kan . hehehe
ni contoh nasi ambang yang dihidang kan pada kenduri2 masyarakat jawa . (banyak nye makanan ! best2 ! :p )
ni contoh nasi ambang yang ada dijual . tak besa macam nasi ambang yang dihidang di kenduri . kadang2 tak sama pon lauk2 kat dalam
( macam yang ayah beli tadi . kecik je .lauk asas ikan masin pon takde =..=' )
for those yang tak pernah rasa or tengok nasi ambang ni korang patut try babe . rugi kalau tak cuba makan makanan tradisional ni . makanan dah la sedap then makan sama2 pulak tu .sharing is caring dan boleh mengeratkan silaturahim gitu ! hee :p tapi jangan makan sorang pulak . mau kembung perut penuh makanan nanti ! hehehe :)
p/s : utk mr.messy . mi dah termakan nasik plak mlm ni . jangan marah . hee :p
frozen yogurt best ! ♥


- restaurant tutti frutti ini dimiliki oleh keluarga artis terkenal AINUL AISYAH :)
- salah satu cafe tutti frutti berada di kawasan ofis ku ( habis lah duit hari2 nak frozen yogurt dap ni ! hee )
- frozen yogurt adalah lagi bagus dari ice cream biasa kerana ia daripada yogurt ♥
- yogurt menguatkan imunisasi badan taw.
- yogurt membantu melindungi usus kita ya adik2 :)
- juga bagus untuk sistem pencernaan
- yogurt juga mampu mengurang kan risiko kanser payudara dan jangkitan pada vagina (girl jom makan yogurt banyak2 ! :)
- mencegah osteoporosis dah menguat kan tulang taw ! ( sape tak suka minum susu boleh la layan yogurt ni .dap nyeeee :p )
- baik utk ibu yang baru dapat baby taw. yogurt ni ada macam2 khasiat yang bagus utk baby tu nanti :)
- menurun kan kadar kolestrol dan membantu menurun kan berat badan .

mula2 korang boleh pilih lah yogurt perisa apa yang korang nak :)
ada macam2 flavour kat cini tapi ms.messy suke flavour strawberry ! sedap woooo :)
korang bebas nak pilih yogurt flavour ape , banyak mane dan juga topping ! best kan ! :)

ni lah special dekat sini ! korang boleh pilih dan ambil sendiri apa2 topping yang korang idam kan ! huhu .. yang ni buah-buahan . ms.messy suka kiwi n stawberry ! korang ?

ni pulak topping gula2 , mash mellow, oreo , choc chip ! mcam2 lagi lah .memang rase nak amek semua je ! huhu
last sekali boleh la timbang dan bayar ! lepas tu makan puas2 . nyum nyum nyum :)
'AINUL AISYAH'
ni lah pemilik kedai tutti frutti yang comel tu
awas penipu dikalangan anda !!!

- suka meminta-minta - lelaki jenis macam ni kan suka merengek2 kalau pergi shopping ke . dia buat GF mcm banker pulak ..sebab kan sayang si boyfriend , gurl pon ikut je la ape kemahuan even yang menyusah kan .namun si dia tu langsung tak fikir hal ni janji kemahuan nya tercapai ( urmm rasa mcm gurl lagi banyak perangai mcmni kan ? hee :P )
- pentingkan diri sendiri - dalam apa jua keadaan dan situasi si dia akan lebih memikir kan diri sendiri dahulu . tak sedar diri dah ada gf still penting kan diri dah utama kan kawan2 dahulu =.='
- suka mendesak - si dia sering mendesak untuk mengikut katanya dan membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi nya . even kadang2 apa yang disuruh tu tak logik tapi si GF terpaksa akur .. ( tak suke mcmni ! jaga la hati partner tu sekali T_T )
- mengungkit - yang ni memang tak boleh bla . baru sekali buat baik or tolong dah ungkit berkali2 . kalau kita tak tolong si dia mula la ungkit sane sini .... mcm lah baik sangat ..puiii !
- iri hati - kalau GF tu gaji tinggi sikit ke atau banyak kelebihan berbanding si dia ni mula lah nak cemburu tak tentu pasal . cakap tak setaraf lah , pastu kate kite lak yang berlagak . wtf =..=
- harapkan balasan - bila si GF mintak tolong sikit lepastu kalau dah tolong boleh plak nak balasan . kena belanje makan lah , mintak mcm2 lah yang tak masuk akal . bro nak tolong tu bia lah ikhlas babe ! haiyaaaa
- putar belit - cakap tak penah nak betul . harini cakap lain , esok cakap lain ... cakap tak serupa bikin .....
- mungkir janji - ni mesti ramai yang selalu kena kan ? dating jam 2 pastu si dia sampai jam 3.50 .... dah salah boleh plak tak reti mintak maaf lepastu bagi macam2 alasan yang tak logik ..silap2 ada yang kena marah sebab kena tuduh datang awal ... =.='
- tidak sanggup susah - kalau time susah memang payah la nak nampak batang hidung mamat ni .... cuba bila dapat bonus , time senang tapayah panggil . datang sendiri haa ... oiii malu la sikit weh ....
haa cukup lah info untuk lelaki penipu ni .. kalau boyfriend anda ada tanda2 macam ni be ready lah wahai kaum hawa . korang bakal ditipu or memang telah ditipu pon . boyfriend korang tu bukan nye sayang korang pon . nak memperguna n ambil kesempatan je terhadap korang . so beware ...... jangan sampai tertipu taww :)
p/s : bukan semua lelaki mcmni .cuma segelintir manusia yang jahat je macamni . gurl pon ada yang mcmni kan ... tapi sapa yang makan cili dia lah pedas kan kan kan ? huhuhuhu :p
cik messy pesan : berusaha lah sendiri untuk apa yang diidam sebab kalau korang usaha sendiri then dapat apa yang korang nak kan mesti lagi berbaloi dan korang mesti bangga dengan diri sendiri kan ? so chaiyok2 ! :)
background baru ♥
tengok cepat nampak tak ape2 perubahan ? haha background dah tukar babe ! yeaaaaaa :)
tapi b cakap meriah semacam ! tapi comel ape ... pape ntah ! huh !! :p
sape setuju background bunga2 ni comel cepat like .
heee sayang korang !
♥♥ muaahhh ♥ ♥
bercinta dan kahwin awal ?
assalamualaikum kawan2 :)
harini rasa mcm nak buat topik comel2 lah . cuba korang tengok kat tajuk tu " KAHWIN AWAL" .yeaaaa suke ! :P (sape yang takmau kahwin awal2 tapayah bace pon tape . hehehe )
okay sape yang rasa2 dah ready nak kawin awal ? or memang nak kawin awal ?? hee ( angkat tangan jugak ni :P ) korang kalau nak kawin muda2 ni takde masalah bro tapi kena ada preparation taw . takkan lah nak ikut titanic u jump i pun jump jugak kan ? heee :)
harini ms.messy nak bagi tip2 untuk korang yang rase dah ready dan nak kahwin muda2 ni . jom bace tip2 kat bawah ni okay :)
- for guys , korang kena ada kerjaya dan pendapatan tetap taw . tapi besederhana pon dah cukup . baru lah boleh susah senang together kan kan kan ? :)
- korang kena ready 100% taw untuk memikul beban tanggungjawab . tanggungjawab husband dan wife dua2 penting . baru la rumah tangga korang aman damai :)
- mendapat restu ibu bapa ( yang ni mesti payah sikit an . korang mesti ketaq lutut kan bila nak cakap kat parent korang dah gatai nak kawin walhal umo baru 20 . ekekekekeke tapi sape2 yang berani tu wa solute la sebab kalau korang berani kan nak berbincang dengan parent tu menunjuk kan korang dah matang , bertanggungjawab n berani lah ! good job korang :)
- berfikiran matang . be matured guys ! nak jadi ketua keluarga bukan senang babe . nak selesai kan masalah .nak buat keputusan penting kena la berfikir dengan matang kan ? kalau still nak main2 lagi camne tu ?
- perlu bertolak ansur dan tidak penting kan diri . urm korang bukan hidup sorang2 dah taw . so kene la pandai tolak ansur , jage hati pasangan tu dan tak boleh la nak pk diri sendiri je tawu .nak jage anak orang ni babe . bukan senang tawu :P
- bersangka baik dah percaya pada pasangan . especially for gurl la kan . memang sifat cemburu tu dah sebati dengan korang sejak kecik lagi . tapi kene control taw , tak boleh berlebih2 . if ada masalah , jangan nak dengar cakap orang je , kene percaya , kene fikir baik buruk dan selidik la . lepas tu settle cara baik dan berhemah . jangan ikut kan perasaan taw .takmo2 tak baik ye korang :)
- susah senang bersame . haaa tanye diri masing2 korang nak kawin dengan dia sebab ape ? kalau tiba2 dia susah pulak korang sanggup tak nak same2 dengan dia ? takmo la bile senang je i love u tapi bila pasangan dah susah cakap babai i nak tinggal u pulak kan .. jangan mcmtu taw .tak baik . kesenangan , kecantikan semua tu pinjaman dunia je tak kekal pon :)
- last sekali calon ! hee jangan lak buang tebiat nangis2 nak kawin dekat parent korang tapi semua pon taw korang tu pakwe/makwe pon tade lagi kan .. hahaha :P
cik messy rase kan kalau dah kawin pon korang still sweet macam masa bercinte dulu2 mesti korang akan happy ever after dan bertambah sweet je life korang :)
ni contoh belanje kahwin aku pinjam kat kawan aku cik google . hee
(agak2 korang dah cukup duit ke ? )
kalau tak cukup mai lah buat ' personal loan 'dengan aku . heHehe
i bukan ah long , i cuma mau tolong taw :p
p/s :suke sangat topik ni . sweet kalau dapat kawin awal , semua bende boleh wat same2 .
saya pon tak kawin lagi tapi ni lah pendapat ms.messy . korang mcmmane ? :)
saya dah letak gambar sayang saya ♥
BABY , I LOVE YOU !
......
......
...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
OUH BRUNO MARS ♥♥
muahh ! heee :P
♥♥♥♥♥♥♥
hoyeahh NEW TV !! ♥
assalamualaikum.....hee :)
(blom pape dah gelak ! masalah tul ! hehe )
hye korang ! okay wa nak story pasal semalam ni . petang semalam kan hujan lebat taw . pastu kilat sambar menyambar . guruh berdentum tapi kan ade la adik beradik kat satu rumah ni memang keras kepale . wat lek je masing2 baring tengok tv memang tak senonoh betul ... volume tv pulak bukak sampai 30++ sebab hujan kan .. then hujan makin lebat ni ... tibe tibe ! gelap je rase rumah . blackout la der ! hadoiyaii ... tengah masing2 menyalah kan satu sama lain tibe2 bau hangit ... bile dah ade electric kan tv plak tak boleh bukak..dah tukar plug , ketuk bagai (dengan harapan tv boleh on . puiii ! ) bile dah rase macam dah takde harapan adik2 wa pon masuk la bilik . pastu tinggal la wa sorang nak kene menjawab kat my dad bile dia balik nanti . hadoii ... tak boleh harap punye adik2 . pastu ayah balik konon nak tengok cite sofiyya kat tv3 tu tapi dia cam heran asal rumah senyap then sume kat dalam bilik . wa dah mcm cuak dah sebab nanti konfirm ayah marah sebab kitorang tak tutup tv mase hujan lebat .
pastu wa pon wat lek wat cool an pergi kat ayah cakap ayah tv rosak kene kilat .. pastu ayah belum sempat nak membebel dah tibe2 mummy datang la kasi backup sikit ! huhu mak wa cakap kat ayah tak tawu la tibe2 je lepas blackout tadi tak boleh on terus . lebiuu mak ! hee pastu ayah diam je . lepas mandi2 dia keluar..wa memang dah rase shitt habis tak boleh tengok tv malam pastu dengan laptop rosak .. macam no life dah .. T_T
then jam 9 mcmtu ayah balik ..pastu ayah ajak tolong angkat barang dalam kereta dia . sekali tengok . tv baru beb ! halaaah ni yang sayang lebih ni ! wa dapat tv baru . lagi besaaaa tu ! hehe thanks daddy ! wa sayang lu lah ! ♥
(gambar hiasan semate-mate ! huhu )
♥♥♥♥♥♥
p/s : tv lame dah letak dekat stor . pastu mak wa pesan nanti kakak dah keje ade gaji repair la pastu amek la tv tu ..bape ratus je repair pon . wa pon angguk sambil dah berangan de rumah sendiri semua ! hehehe :)
p/s2 : harap maaf bahasa untuk entry kali ni kasar sikit . nadh tibe2 teringin nak gune wa lu ape sume ! hehe :)
nak laptop baru pliss T_T
hye blogger
urm sedih la korang ! laptop nadh dah rosak weh . sobsob :( usb keliling laptop dah taboleh gune ...screen dah mcm tecabut sebelah ... ni sume bby kecik tu la punye pasal . dye jatuh kan laptop ni ..hancuss terus ... nak beli lptop baru tade wit ... weh sape yang kaye de duit juta2 meh la derma laptop satu ... seriously rase shit je kalau taboleh online FACEBOOK,TWITTER (ecehh sejak bile active tweet2 plak ni ! bukan acc dah berabuk ke? haha )yang paling penting ! mcmmane nak update blog ms.messy ni weh !! adoii baru nak active blog balek ..baru nak pg blog walking kat blog otai2 ... baru nak stalk2 orang T_T baru nak gatai sikit2 ! (tettt) hehe :P
yang paling penting ! cane nak tgk apple grape aku ! waaaaaa nak farm2 lagi .. aku baru cite2 nak jadi kaye ..habis lah sume game aku .. oh nuuuuuuuu :'(
hurmm kawan2 korang taw x mane nak dapat laptop murah2 ...mcm 3 4 ratus je ke ? hihihi ade ke laptop harge 3 ratus ? =..=' cedih ni ... tak kesian ke ? oke la ..babai .. tade mood .. wuuuuuu :(
p/s : aritu antar kedai laptop ni pastu dia suruh amek balek ..orang kedai tu cakap dik dah boleh beli laptop baru ni ! demm ( munciao kite nak laptop baru boleh x ? ) :(
nadh was hoping for a new laptop :(
HAIWAN KESAYANGAN KU ♥
hello world :)
okay angkat tangan if korang pencinta haiwan ! yeaaaaaa kite geng weh ! ♥♥
aku nak share pasal semua haiwan yang menjadi kesayangan aku dekat korang ... jom layan pet aku okay shayang :)
-pet mase zaman aku kecik2 :)-
BELALANG ♥

dulu mase kecik2 aku suke tangkap belalang kat padang then letak dalam bekas . aku buat rumah baru for dia orang . memang heaven lah sebab aku siap letak rumput2 bagai .. hehehe alaaaa belalang kaler hijau yang kecik2 tu ... tapi aku tapenah bela lame sebab mak aku bising ! hahaha :P
LADYBIRD ♥

ni pon same dulu aku selalu tangkap kan then kumpul banyak2 ! comel kot bende alah ni . mesti ade yang tapenah jumpe kan ? sekarang susah dah nak cari ! huhu :P
IKAN LAGA ♥

aku rase ramai yang ade bende ni dulu . femes kot .aku pon tejebak bela..tapi tak lame la aku jage bende ni sebab aku dah start rase mcm kejam gile aku asyik nak tunjuk power ajak ikan aku lawan dengan ikan org lain ! kesian ikan ni ! huhu :)
♥♥♥♥♥
-kesayangan aku-
RABBIT ♥

ni la webbit aku ( bukan gambar sebenar ! huhu ) aku penah bela rabbit dulu . comel gile ..... urm memang comel lah ! ta caye ? korang jage lah webbit ni . senang je nak jage taw . baek je webbit ni tak makan budak . hehehe. so tapayah takot .bg carrot je nanti dye terus ek ek (sendawe kenyang ! huhu )
HAMSTER ♥

Oke , aku penah amek due hamster sebagai baby angkat aku ! hehe . yang first tu aku bg name dye pashmina .oke aku bela pashmina ni dah lame dah sebelom tudung pashmina jadi femes lagi. aku pon tak paham ade kene mengene ke x ? urm....pashmina ni aku beli dengan my sista ! serious aku syg sgt2 sebab comel pastu tak gigit aku . manje gile . tp dye mati mcm sadis je . adik aku time tu kecik lagi. dye boleh goyang2 , lambung2 pashmina ni sampai keras tercekik pashmina aku . aku ngan sista nangis2 pergi klinik haiwan tapi semua dah terlambat .... dye dah m**** T_T

oke hamster yg kedue ni ex aku bagi time study dulu ! ecehh sweet lah tu ! hehe :P aku bagi name dye gaban .... hamster aku ni species same je mcm kat atas tu pasal aku memang jatuh cinta dengan species ni !♥ okay gaban ni kn gemok sangat .so aku beli kan dia exercise ball tu. dah macam rumah kedua dia dah taw . aku selalu bagi dia golek2 kat ruang tamu rumah sewa aku dulu pastu dia kejar housemate aku besepah sume lari .haha . pastu dia pandai langgar2 pintu bilik aku nak ajak aku maen taw.chomel sangat gaban aku ni ! huhu na taw tak aku memang taboleh berpisah dengan hamster aku ni.pegi mane2 pon aku bawak.petang2 aku lepak lake aku bawak dia. aku bg dia golek2 kat padang lake valley tu .sume orang tengok kot (femes jap aku ! huhu )pastu an aku pegi makan pon aku bawak.nek moto je kitorang ni...yang taboleh bla tu aku bawak gaban pg tengok wayang cite 2012 kot tak silap. hehehe dia dok senyap2 dalam bola tu then aku letak dalam beg taw . bila aku dah duduk lam wayang baru aku kua kan dia kitorang tgk movie same2...sweet an ♥

okay ni last kenangan aku dengan gaban . housemate aku yang tangkap kan .sebab mase ni
aku dah nangis2 teruk dah :( pagi2 aku bangun nak pg kelas aku tengok gaban tengah main2
lagi dengan bola dia . aku pon bg kiss bye2 then pg kelas . balek je kelas tengok gaban dah
diam dalam bola . hurm sedih sangat2 ! sebab ni la mak aku susah nak bg aku bela haiwan .
thanks housemate tolong tanam kan gaban . seriously aku sedih sangat2 ! :(
SI CANTIK ♥


haha ni lah si cantik aku .adik kecik aku yang bagi nama ni . sampai sekarang tak taw ni monyet species ape taw ? my dad jumpa dia mase ayah pergi site . maybe dia jatuh ayah cakap . masa ayah bawak balek tu sedih sangat tengok . mate dia lebam , memang baby lagi . manje sangat2 ! tangan dia panjang taw n 24/7 nak pelok aku je . kalau tak dia nangis . makanan dia just bg susu n pisang yang dah lenyek2 kan je . gigi dia kecik . taboleh makan lagi .malam2 aku bagi dia tido pelok bear aku n buat kan buaian dia ...tapi sekarang dia mati ... dia mati masa aku takde dua hari dekat rumah .mase dia mati ayah kol then aku balek . nangis aku tengok dia dah takde . hurmm kalau lah boleh bela si cantik ni lame2 . dye comel n manje sangat2 mcm baby je :(
KUCING MIAW MIAW ♥


aku dah penah bela banyak kucing actually . tapi banyak yang dah mati . hilang . now tinggal sikembar pipi dan mimi je .. ni lah dua baby aku yang memang hari2 aku kene tengok kalau tak mcm tak lengkap je hidup rase . diorang ni kembar . mama diorang dah hilang .mama diorang sebijik mcm diorg . name dia princess . tapi dah lari dengan jantan lain lah . T_T aku dah sah jadi mama angkat anak2 princess ni . pipi n mimi ni manje .tapi mimi hyper sikit . pantang nampak ape2 sume nak main .lagi satu kan dye mang taboleh kalau tak berlari-lari . tu hobi kot .pipi plak suke tengok2 je mimi main . pemalas .sebab tu dye gemok ! hahaha comel kan kembar aku :)
tamat lah kisah aku dengan sicomel2 aku ni . so moral of the story mory , cintai lah haiwan dan sayangi lah pet2 anda .
p/s: if korang tanak dah pet korang tu jangan buang okay. bia ku jadi mak angkat diorang .sebab tu lah salah satu impian aku mase kecik2 . nak bela banyak haiwan :)
♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥
Subscribe to:
Posts (Atom)
























